page contents

CikguMurni dot com

Saturday, 27 September 2014

RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

SK Felda Bukit Senggeh menjadi tuan rumah Program RIMUP bagi kumpulan JSR6, Daerah Jasin.

Selain daripada SK Felda Bukit Senggeh, program ini turut disertai oleh murid dari SK Nyalas, SK Masjid Baru dan SJK(C) Kemendor.

Program dijalankan bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti pula dengan acara Ice Breaking.

Setelah itu, semua murid terus ke padang sekolah untuk acara menanam anak-anak pokok di tepi kawasan padang sekolah.

Kemudian, murid mengikuti pelbagai lagi acara seperti Kitar Semula, melukis, kitar semula, nyanyian lagu patriotik, colum dan pelbagai acara lain yang mana murid melaksanakan acara-acara tersebut secara bergilir mengikut kumpulan masing-masing.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Kadir bin Osman, Penolong Pegawai PPD Jasin.

Sunday, 27 July 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Friday, 18 July 2014

Nahas MH17

Pihak CikguFais dot my merakamkan rasa dukacita dengan nahas tragedi MH17 yang dilaporkan terhempas di timur Ukraine berhampiran dengan sempadan negara Rusia. Dilaporkan semua penumpang dan anak kapal terbunuh.

Tragedi ini adalah tragedi yang kedua bagi pihak Malaysia Airline System (MAS) selang tempoh 4 bulan daripada tragedi kehilangan pesawat MH370.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terlibat. Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.



Wednesday, 25 June 2014

Kem Motivasi Kepemimpinan dan Koakademik Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Pada 22 hingga 25 Jun 2014 telah berlangsung Kem Motivasi Kepemimpinan dan Koakademik Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan.
Program yang melibatkan murid-murid Pendidikan Khas seluruh Malaysia telah berlangsung di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Melaka, Lanchang, Melaka.

Saturday, 31 May 2014

Kembali Semula

Setelah sekian lama menyepi di dalam blog ini, saya akan cuba aktif semula dalam penulisan dan perkongsian di dalam blog ini.

Alhamdulillah, sekarang saya telah ditempatkan di sekolah baharu dan dilantik semula menjadi Guru Pemulihan Khas. Sebelum ini, saya menjadi guru perdana biasa setelah berpindah sekolah dari Shah Alam ke Melaka.

Doakan semoga saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus menjadi pendidik yang sentiasa bersungguh untuk menjadikan anak bangsa terisi dengan ilmu di dada.

Dengan kemunculan semula ini, saya tampilkan logo baharu CikguFais sebagai pembaharuan identiti.


Wednesday, 2 April 2014

Program Outreach Murid Pemulihan Khas Negeri Melaka

Saya berpeluang mengikuti Program Outreach Murid Pemulihan Khas Negeri Melaka yang berlangsung di Sekolah Pendidikan Khas Melaka di Semabok pada 2 April 2014.

Saya telah menghantar seorang murid diiringi penjaganya. Di sini, murid-murid Pemulihan Khas disaring oleh doktor bagi mengenal pasti sama ada murid mempunyai keperluan khas.

Antara saringan kesihatan dijalankan adalah memeriksa tahap kesihatan murid, memeriksa pancaindera seperti penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

Murid-murid yang telah dikenalpasti sebagai berkeperluan khas akan melalui dengan proses pendaftaran dengan pihak jabatan seperti JPN, JKM dan BSN.





Wednesday, 5 February 2014

Tukar Bidang

Bermula sesi persekolahan 2014, saya kini tidak lagi mengajar di dalam bidang Pemulihan Khas setelah ditempatkan di sekolah yang baharu, setelah permohonan pindah saya telah diluluskan pada tahun lepas.

Namun, insya Allah saya akan cuba berkongsi apa-apa perkara berkaitan Pemulihan Khas dan LINUS kerana ia merupakan bidang yang tersemat di hati.

Kini, saya akan mengajar di kelas aliran perdana dan sedia menyahut cabaran dan pengalaman baharu di dalam bidang PdP aliran perdana.