page contents

CikguMurni dot com

Thursday 21 February 2013

Membina Ayat Mudah

Murid-murid Tahun 3 belajar membina ayat mudah menggunakan modul LINUS Tahun 3.

Saya membekalkan murid dengan kad perkataan yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Murid dikehendaki menyusun kad perkataan ini menjadi sebuah ayat mudah yang sempurna. Alhamdulillah, pada hari ini murid dapat membuat aktiviti ini dengan baik.

Aktiviti mengikat kad perkataan ini menggunakan tali tidak dapat dijalankan kerana saya terlupa membawa tali. Aktiviti tersebut digantikan dengan setiap murid memegang kad perkataan dan beratur bagi mendapatkan susunan ayat yang sempurna.

Data Murid Tidak Boleh Menguasai 3M di Tahap 2

Semalam saya berkesempatan menghadiri Taklimat Kutipan Data Murid Tidak Boleh Menguasai 3M Tahap 2 di SK Seksyen 7, Shah Alam.

Data ini diperolehi berdasarkan ujian IPP2M dan IKAM yang telah dijalankan sebelum ini.

Semasa taklimat ini, pegawai PPD menerangkan cara dan langkah mengisi data dengan betul. Kaedah pengisian data adalah secara dalam talian yang menggunakan Google Docs. Bagi saya kaedah ini adalah antara yang terbaik berbanding kaedah tradisional yang memerlukan guru-guru menghantar e-mel secara individu ke pihak PPD.

Saya turut mencadangkan agar pihak sekolah memanfaatkan kaedah dalam talian menggunakan Google Docs ini bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan kutipan data di dalam sekolah tersebut.

Sunday 10 February 2013

Murid Tahap 2 Menjalani Saringan IPP2M dan IKAM

Saringan IPP2M dan IKAM untuk murid-murid Tahap 2. Murid-murid ini dicalonkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Soalan IPP2M dan IKAM ini dibekalkan oleh pihak PPD.