page contents

CikguMurni dot com

Saturday 26 January 2013

Bengkel PdP Pemulihan Khas 2013

Pada 22 Januari 2013 (Selasa) yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Bengkel PdP Pemulihan Khas anjuran PPD Petaling Perdana di Dewan Sinar, SMK Seksyen 9, Shah Alam.

Di dalam bengkel ini, kami dibimbing dan ditunjuk ajar cara pengendalian kelas Pemulihan Khas dan juga beberapa perkara baharu dalam membina bahan bantu mengajar, antaranya adalah cara untuk membuat doh. Doh ini sesuai digunakan di dalam kelas untuk membentuk huruf dan nombor, di samping dapat membantu murid menggerakkan motor halus dengan cara menguli dan mengepal doh ini.

Pada akhir sesi, Encik Azhar bin Minai, daripada Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, Jabatan Pelajaran Selangor menerangkan serba sedikit mengenai pelaksanaan kelas Pemulihan Khas berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan 2012 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM baru-baru ini.




Doh yang dihasilkan oleh guru-guru Pemulihan Khas. Kredit gambar kepada  Cikgu Fiza Mohd Azmi.


Wednesday 23 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W.



Friday 18 January 2013

Pengurusan Fail Lembaran Kerja Murid

Pada hari ini barulah saya berkesempatan untuk menyiap dan melengkapkan fail-fail lembaran kerja murid. Fail ini telah lama saya sediakan dengan membeli sendiri dan membalutnya dengan kertas pembalut hadiah. Namun isi failnya masih kosong sehinggalah pada hari ini telah saya sempurnakan.

Selepas ini, bolehlah saya menggunakan lembaran ini untuk aktiviti pengukuhan murid. Selama ini, saya agak sukar untuk memberikan murid latihan kerana kekurangan sumber dan juga kekangan masa untuk menyediakan lembaran kerja untuk mereka.

Lembaran kerja ini, bolehlah saya berkongsi dengan rakan-rakan guru di sekolah saya supaya dapat dimanfaatkan bersama.






Sunday 13 January 2013

Membantu Guru JAIM membina jadual kelas.

Tujuan saya menerbitkan artikel ini sebagai tanda kenangan isteri saya yang tahun ini merupakan tahun pertama beliau menjadi guru agama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka).

Saya berkesempatan membantu beliau dan juga ibu saya yang juga merupakan guru JAIM untuk membina jadual ini.