page contents

CikguMurni dot com

Saturday 13 July 2013

Hari Terakhir di SK Seksyen 27(1)

13 Julai 2013 (Sabtu) merupakan hari terakhir saya berkhidmat di SK Seksyen 27(1). Hampir 4 tahun saya berkhidmat di situ sejak 4 Januari 2010 selaku Guru Pemulihan Khas.


Alhamdulillah, permohonan saya melalui egTukar untuk bertukar ke negeri Melaka telah diluluskan untuk sesi Julai 2013. Kini saya berpeluang untuk tinggal bersama dengan anak dan isteri di Melaka, kerana sebelum ini saya pasti berulang-alik pada setiap minggu antara Shah Alam dan Melaka.

InsyaAllah pada 15 Julai 2013 (Isnin) saya akan melaporkan diri di sekolah baharu saya iaitu di SK Batang Melaka. Semoga di tempat baharu saya akan dapat memberikan khidmat yang lebih baik. Ku mohon agar Allah SWT terus memberikan kesihatan dan keupayaan untuk terus mendidik anak bangsa.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Seksyen 27(1) atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan bimbingan semasa berkhidmat di sana. Segala kenangan manis dan pengalaman berguna akan saya kenang selagi hayat dikandung badan. Semoga SK Seksyen 27(1) lebih sukses pada masa akan datang dan melahirkan generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.