page contents

CikguMurni dot com

Sunday 16 December 2012

Konstruk LINUS

Poster bersaiz A4, Konstruk-konstruk Program LINUS. Sesuai ditampal di papan kenyataan kelas anda. Muat turun percuma di sini.


Carta Alir Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

Berikut adalah Carta Alir Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Saya ambil carta alir dari Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2012 yang telah dikeluarkan baru-baru ini oleh pihak BPK, KPM.

Saya mereka semuala dalam bentuk poster dan ingin berkongsi dengan guru-guru yang lain. Untuk muat turun, silalah ke ruangan Muat Turun pada menu di atas.


Saturday 15 December 2012

Siaran Akhbar: Program Khatan Perdana SK Seksyen 27(1)

Pada hari ini, laporan mengenai Program Khatan Perdana SK Seksyen 27(1) dapat disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian.

Majlis ini telah berlangsung pada 10 November 2012 (Sabtu) dan dianjurkan oleh PIBG SK Seksyen 27(1). Seramai 49 orang peserta menyertai program yang buat julung-julung kali diadakan.


Peranan Guru Pemulihan / Pemulihan Khas


1. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan;

2. Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT);

3. Menjalankan IPMBDP dan ISD kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciri-ciri bekeperluan khas;

4. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang perlu mengikuti Program Pemulihan Khas;

5. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan  mengenai latar belakang murid;

6. Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah;

7. Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program Pemulihan Khas di peringkat sekolah; dan

8. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD.

Dapatkan poster bersaiz A4 mengenai Peranan Guru Pemulihan Khas untuk ditampal di papan kenyataan di dalam kelas anda. Klik di sini.


Wednesday 12 December 2012

Penangan Guru

Seperti biasa, pada setiap penghujung tahun, pihak Google akan mengeluarkan data dan statistik mengenai carian terhangat dan popular sepanjang tahun, tidak kira mengikut statistik dunia mahupun negara tertentu seperti Malaysia.

Apa yang menarik adalah carian terhangat melalui Google Malaysia adalah menunjukkan bahawa carian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS adalah merupakan carian terhangat di Malaysia iaitu menduduki tempat pertama. Manakala Sistem Pengurusan Latihan Guru atau lebih dikenali dengan SPLG menduduki tempat ke sembilan secara keseluruhan.



Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kuasa guru ini cukup kuat di dalam arena internet serta menunjukkan kesan penggunaan aplikasi online yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa tidaknya, mengikut statistik daripada laman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan jumlah guru di negara ini adalah seramai 412,720 orang. Jumlah guru seramai ini mungkin menjadi penyumbang kepada tingginya carian SAPS. Ia ditambah pula dengan jumlah ibu bapa yang turut mengakses portal SAPS ini.

Selain itu, apa yang saya perhatikan, semakin ramai guru yang mempunyai blog atau pun laman web sendiri. Ini merupakan suatu perkembangan yang cukup sihat, kerana setiap guru berlumba-lumba untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama guru seluruh negara.

Kesimpulannya, hebat juga penangan guru, jangan main-main dengan guru. :-)

Sumber data daripada Google Zeitgeist 2012

Monday 10 December 2012

Petikan Akhbar: Kesulitan Sistem PBS Diatasi

Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 (Isnin)

Melalui PBS, murid dan pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan peperiksaan semata-mata.


Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.

Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

"Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai November lalu bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai", kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada Ruangan SMS Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan 'Guru Kini' yang mendakwa PBS menambah bebanan guru kerana sukar memasuki laman web sistem tersebut walaupun pada waktu awal pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian amat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang terpaksa dihadapi guru berhubung perlaksanaan sistem baharu itu namun yakin masalah yang timbul akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini.

Kira-kira 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah.

Melalui sistem baharu ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.

Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.

Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Saturday 1 December 2012

Garis Panduan Pemulihan Khas 2012

Pihak Bahagian Pendidikan Khas telah pun mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2012 yang baharu bagi menggantikan garis panduan yang lama.

Apa yang diperhatikan di dalam garis panduan baharu ini, ia telah diselaraskan dengan pelaksanaan program LINUS dan juga PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), termasuklah dengan sistem pemfailannya.

Untuk muat turun, layari Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas KPM atau muat turun melalui Blog CikguFais dot my.


Wednesday 28 November 2012

Video Contoh Pengajaran LINUS

Contoh Pengajaran LINUS oleh Cikgu Eim Lee


Monday 26 November 2012

MAHA 2012

Pada tahun ini, saya sekali lagi berkesempatan untuk menghadiri ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa ataupun singkatannya MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) di MAEPS Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Banyak pameran berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan yang berkaitan ada di sini.

Bagi yang berminat dan ingin melihat dengan lebih dekat pameran ini segeralah hadir ke pameran ini sebelum ia tamat pada 2 Disember ini.








Saturday 24 November 2012

Petikan Akhbar: LINUS 2.0 Bantu Murid Kuasai Bahasa Inggeris

BERITA HARIAN (24 November 2012, Sabtu)

Putrajaya: Program peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) membabitkan penguasaan menulis serta membaca dalam bahasa Melayu akan diperluaskan kepada bahasa Inggeris, yang dikenali sebagai LINUS 2.0.

Ini berikutan pencapaian memberangsangkan program LINUS sejak diperkenalkan pada 2010 dengan 99.84 peratus pelajar Tahun Tiga yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai literasi (menulis dan membaca) manakala 99.92 peratus pelajar berjaya menguasai asas numerasi (mengira).

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Shamsuri Sujak, berkata daripada jumlah itu hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi.



Mulai sesi 2013 

Bagaimanapun, katanya, jumlah terbabit dalam pemulihan itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas merangkumi pelajar kurang upaya, menghadapi kecacatan fizikal, cacat penglihatan dan pendengaran.

“Berdasarkan kejayaan ini, program LINUS akan diteruskan dalam bahasa Inggeris bermula sesi persekolahan 2013 bagi memastikan penguasaan murid dalam literasi bahasa Inggeris.

“Melalui program ini, murid yang menghadapi masalah literasi bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan melalui LINUS 2.0 bagi membolehkan mereka setara dengan rakan lain dalam arus perdana,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Shamsuri menjelaskan, saringan asas akan dilaksana di kalangan pelajar Tahun Satu pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam bahasa Inggeris supaya murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti

Thursday 22 November 2012

Promosi: Welcome Signage Kelas

Welcome Signage ini adalah seperti papan tanda ucapan selamat datang ke kelas.
Ia amat sesuai diletak di atas pintu kelas sebagai mengalu-alukan kehadiran murid dan pelawat.

Welcome Signage ini bersaiz 2 x 8 kaki, dengan harga RM50.00 sahaja. Kos pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia.

Maklumat lanjut dan tempahan, layari www.kedaicikgufais.com atau emel ke cikgufais@gmail.com






Promosi: Dam Ular Besar

Dam Ular Besar ini sesuai untuk digunakan untuk aktiviti didik hibur di dalam kelas.
Dam ini bersaiz 6 x 5 kaki dengan harga promosi RM90.00, manakala kos pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia.

Dadu tidak disediakan.

Maklumat lanjut layari www.kedaicikgufais.com atau emel ke cikgufais@gmail.com




Wednesday 21 November 2012

Buku Bijak Membaca: KVK


Saya ingin berkongsi bahan yang telah saya terbit dan gunakan untuk murid-murid Pemulihan Khas dan Linus di sekolah saya.

Buku ini digunakan untuk Program Bijak Membaca yang dijalankan pada setiap minggu dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan membantu murid-murid yang terlibat untuk membaca.

Berikut adalah capaian Buku Bijak Membaca: KVK.

Muat turun ia dengan percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain jika ia boleh dimanfaatkan.


Buku Bijak Membaca: KVKV

Saya ingin berkongsi bahan yang telah saya terbit dan gunakan untuk murid-murid Pemulihan Khas dan Linus di sekolah saya.

Buku ini digunakan untuk Program Bijak Membaca yang dijalankan pada setiap minggu dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan membantu murid-murid yang terlibat untuk membaca.

Berikut adalah capaian Buku Bijak Membaca: KVKV.

Muat turun ia dengan percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain jika ia boleh dimanfaatkan.


Monday 19 November 2012

UPSR 2012: Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 yang beroleh kejayaan cemerlang UPSR 2012. Kejayaan anda kebanggaan kami. Jadikan kejayaan pada hari ini sebagai bekal untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Manakala, bagi mereka yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan, jadikanlah ia sebagai pemangkin semangat untuk meraih kejayaan lain sebagai penebus kepada kegagalan pada hari ini.

Gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Berjaya pula bukan bermakna boleh berbangga dan mendabik dada atas kejayaan tersebut, kerana banyak lagi liku yang perlu dilalui, banyak lembah yang perlu dituruni, banyak gunung untuk didaki, banyak mehnah yang perlu diatasi.

Berikut adalah statistik ringkas mengenai pencapaian murid UPSR 2012 SK Seksyen 27(1) pada tahun ini:

5A - 16 orang
4A 1B - 21 orang

Tahniah kalian!!


Friday 16 November 2012

Persidangan LINUS Antarabangsa 2012


Wednesday 14 November 2012

Domain Baharu

Sempena dengan tahun baharu hijrah 1 Muharram 1434H (15 November 2012), blog CikguFais akan bertukar alamat ke domain yang baharu iaitu www.cikgufais.my.

Sehubungan dengan itu, para pengunjung bolehlah menggunakan alamat domain yang baharu ini.


Friday 9 November 2012

Data Saringan LINUS PPD Petaling Perdana



Wednesday 24 October 2012

Ujian Pelepasan Tahap 2 Menggunakan IKAM

Pada penghujung bulan Oktober ini, saya perlu menjalankan Instrumen Kemahiran Asas Matematik Sekolah Rendah (IKAM) seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

Seramai 20 orang murid Tahap 2 sekolah ini telah dikenalpasti untuk menjalani saringan ini.



Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran

Pada hari ini, saya berkesempatan menguji murid LINUS Tegar menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan juga Instrumen Senarai Semak Disleksia bagi mengenal pasti ciri mereka.


Monday 15 October 2012

Membina Bahan Bantu Belajar

Saya memanfaatkan kemahiran murid dan juga kelapangan masa murid Tahun 6 untuk membina bahan bantu belajar untuk kegunaan murid Pemulihan Khas dan LINUS.

Ini adalah merupakan 'acara tahunan' yang sering saya gunakan atas murid Tahun 6 yang baru selesai menghadapi UPSR.

Pada kali ini, saya arahkan mereka melukis gambar objek KV+KV dan perkataan KVK.

Semoga amal jariah mereka mendapat pahala berpanjangan.

Terima kasih juga diucapkan kepada cikgu Nur Azela binti Aminludin, Ketua Panitia Pendidikan Seni SKS271 kerana menyumbangkan kertas lukisan untuk aktiviti ini.








Saturday 29 September 2012

Kursus VLE FROG

Pada hujung minggu ini, saya berkesempatan mengikuti kursus VLE FROG di Hotel Brisdale pada 28 hingga 29 September 2012.

Maklumat lanjut mengenai kursus ini akan saya kemaskini kemudian.


Friday 21 September 2012

Pelaksanaan Saringan 3, 6 dan 9 LINUS 2012

Berikut adalah butir mengenai pelaksanaan Saringan 3 (Tahun 1), Saringan 6 (Tahun 2) dan Saringan 9 (Tahun 3) bagi tahun 2012:



Semoga pelaksanaan saringan ini berjalan dengan lancar.

Monday 10 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2012


Semoga beroleh kejayaan. Setelah berusaha jangan lupa berdoa bermunajat kepadaNya.

Monday 13 August 2012

Acara Kemuncak Ihya' Ramadhan 1433

Panitia Pendidikan Islam SK Seksyen 27(1) akan menganjurkan Majlis Khatam al-Quran, tahlil arwah dan sumbangan Aidilfitri seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 15 Ogos 2012
Hari: Rabu
Masa: 7.40 pagi


Cuti Berganti Sempena Hari Raya

Seperti mana yang semua sedia maklum bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menjadikan hari Khamis dan Jumaat iaitu 16 dan 17 Ogos sebagai cuti berganti.

Hari ganti akan dilaksanakan pada 8 dan 22 September 2012.

Selamat bercuti kepada semua. Berpada-padalah semasa menyambut hari raya.


Monday 6 August 2012

Selamat Menyambut Nuzul Quran 1433


Saturday 21 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Thursday 28 June 2012

Saringan Linus 2 dan 8 2012

Saringan Linus 2 dan 8 untuk murid Tahun 1 dan 3 akan diadakan seperti berikut:
Saringan Membaca: 17 Jun - 13 Julai 2012
Saringan Menulis: 15 Julai - 29 Julai 2012
Pengisian data: 23 Julai 3 Ogos 2012

Wednesday 13 June 2012

Pelaksanaan Saringan 2 dan 8 Program LINUS bagi murid Tahun 1 dan 3 2012

Pelaksanaan Saringan 2 dan 8 Program LINUS bagi murid Tahun 1 dan 3 2012 adalah seperti ketetapan yang berikut:

Saringan Lisan      : 17 Jun - 13 Julai 2012
Saringan Menulis : 15 - 20 Julai 2012
Pengisian Data      : 23 Julai - 3 Ogos 2012

Saringan 5 untuk murid Tahun 2 tidak dijalankan memandangkan mereka baru selesai menjalani Saringan Khas. Murid-murid LINUS Tahun 2 hanya akan menjalani Saringan 6 nanti.

Tuesday 5 June 2012

Watch "Maher Zain - So Soon | Official Music Video" on YouTube






Muzik video terbaharu daripada Maher Zain. Video yang sangat menarik dan menyentuh hati dan perasaan mengenai anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.

Friday 25 May 2012

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru. Manfaatkan cuti ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

Tuesday 22 May 2012

Program Bijak Membaca

Pada tahun ini, saya dengan kerjasama Guru Bimbingan dan Kaunseling meneruskan program Bijak Membaca yang pernah diadakan pada tahun lepas.

Program ini melibatkan penyertaan murid Pemulihan Khas dan LINUS, dibimbing oleh Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. PRS akan membimbing murid tersebut membaca sehingga lancar. Setiap murid dibekalkan dengan modul bacaan bergred.

Program diadakan setiap hari Selasa hingga Khamis bermula jam 7.00 hingga 7.30 pagi di dewan sekolah. Murid-murid diminta hadir seawal jam 7.00 pagi supaya tidak ketinggalan mengikuti program ini.

image



image



image

Tuesday 15 May 2012

Saringan Khas LINUS Tahun 2 di SK Seksyen 27(1)

Pelaksanaan saringan ini telah pun selamat dijalankan. Ucapan terima kasih kepada semua guru terlibat yang menjayakan proses saringan ini.

[caption id="attachment_709" align="aligncenter" width="300" caption="Cikgu Zulkhairi sedang membuka kertas soalan di hadapan saksi"][/caption]



[caption id="attachment_710" align="aligncenter" width="300" caption="Murid semasa menjawab soalan"][/caption]

Friday 11 May 2012

Pelaksanaan Saringan Khas Program LINUS Bagi Murid Tahun 2, 2012

Seperti semua sedia maklum, Saringan Khas Program LINUS untuk murid Tahun 2 akan diadakan selepas saringan sedemikian untuk murid Tahun 3 dijalankan.

Berdasarkan surat KPM KP.LP.007.03.6(57) bertarikh 24 April 2012, saringan ini akan dijalankan mulai 13 Mei sehingga 18 Mei 2012. Manakala proses kemasukan data ke Portal SAPS bermula 21 Mei sehingga 1 Jun 2012.

Semoga saringan ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Sunday 18 March 2012

Mengisi masa cuti sekolah

Cuti sekolah selama seminggu bakal berakhir dan akan bermula semula pada 19 Mac 2012. Pada kesempatan ini, sempat saya menyiapkan beberapa carta untuk menghias kelas saya. Banyak lagi yang di dalam proses untuk menyiapkannya.

[caption id="attachment_692" align="aligncenter" width="212" caption="Selamat Datang ke Kelas Permata Kasih"][/caption]



[caption id="attachment_693" align="aligncenter" width="213" caption="Guruku"][/caption]



[caption id="attachment_694" align="aligncenter" width="212" caption="Ahli Jawatankuasa Kelas Permata Kasih 2012"][/caption]



[caption id="attachment_695" align="aligncenter" width="212" caption="Senarai Nama Murid LINUS 2012"][/caption]



[caption id="attachment_696" align="aligncenter" width="212" caption="Misi Kelas Permata Kasih"][/caption]



[caption id="attachment_689" align="aligncenter" width="212" caption="Visi Kelas Permata Kasih"][/caption]



[caption id="attachment_697" align="aligncenter" width="212" caption="Moto Kelas Permata Kasih"][/caption]