page contents

CikguMurni dot com

Monday, 9 September 2013

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2013


Friday, 30 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 56.
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku


Wednesday, 7 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog CikguFais dot my.
Semoga hari yang mulia membawa kebahagiaan kepada semua.

Maaf zahir dan batin.


Saturday, 13 July 2013

Hari Terakhir di SK Seksyen 27(1)

13 Julai 2013 (Sabtu) merupakan hari terakhir saya berkhidmat di SK Seksyen 27(1). Hampir 4 tahun saya berkhidmat di situ sejak 4 Januari 2010 selaku Guru Pemulihan Khas.


Alhamdulillah, permohonan saya melalui egTukar untuk bertukar ke negeri Melaka telah diluluskan untuk sesi Julai 2013. Kini saya berpeluang untuk tinggal bersama dengan anak dan isteri di Melaka, kerana sebelum ini saya pasti berulang-alik pada setiap minggu antara Shah Alam dan Melaka.

InsyaAllah pada 15 Julai 2013 (Isnin) saya akan melaporkan diri di sekolah baharu saya iaitu di SK Batang Melaka. Semoga di tempat baharu saya akan dapat memberikan khidmat yang lebih baik. Ku mohon agar Allah SWT terus memberikan kesihatan dan keupayaan untuk terus mendidik anak bangsa.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Seksyen 27(1) atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan bimbingan semasa berkhidmat di sana. Segala kenangan manis dan pengalaman berguna akan saya kenang selagi hayat dikandung badan. Semoga SK Seksyen 27(1) lebih sukses pada masa akan datang dan melahirkan generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

Thursday, 13 June 2013

Kejohanan Sukan 2013 SK Seksyen 27(1)


Kejohanan Sukan Tahunan 2013 SK Seksyen 27(1) akan berlangsung:

Tarikh: 16 JUN 2013
Hari: AHAD
Tempat: PADANG SK SEKSYEN 27(1)

Juga dimaklumkan bahawa pada 17 JUN 2013 (ISNIN) adalah cuti peristiwa.

Tuesday, 11 June 2013

Sukaneka Tahunan 2013 SK Seksyen 27(1)


Acara Sukaneka Tahunan 2013 terbuka kepada semua murid Tahap 1 SK Seksyen 27(1). Program ini akan diadakan:

Tarikh: 12 JUN 2013
Hari: RABU
Masa: 8.00 PAGI
Tempat: PADANG SK SEKSYEN 27(1)

Kemaskini: (12 Jun 2013)
Gambar aktiviti sukaneka





Thursday, 6 June 2013

Status Terkini Mengenai Pertukaran Guru Sesi Jun 2013

Pemakluman.

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.

Sumber dari: http://apps.moe.gov.my/epgo/

Thursday, 30 May 2013

Banner Israk dan Mikraj

Tempahan Banner Israk dan Mikraj dari SMK (P) St.George, Pulau Pinang.
Saiz 4x8


Untuk tempahan, sms/Whatsapp ke 013-7679702
E-Mel: cikgufais@gmail.com

Tuesday, 16 April 2013

Ujian PraProtim 2013

Minggu ini, saya menjalankan ujian PraProtim 2013 untuk murid Tahap 2 yang tidak menguasai kemahiran asas 3M.

Ujian ini mengandungi 3 set soalan iaitu Set Bahasa Malaysia Menulis, Bahasa Malaysia Membaca dan set Mengira (Matematik).

Pelaksanaan ujian ini adalah ala-ala LINUS yang membolehkan guru membantu murid untuk memahami arahan pada setiap soalan, tetapi tidak boleh membantu mereka menjawab soalan.


Thursday, 7 March 2013

Tarikh Pelaksanaan Saringan LINUS 2.0 2013


Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Saringan Program Literasi dan Numerasi  (LINUS) bagi tahun 2012 akan dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Saringan Literasi Membaca & Numerasi Lisan     :  10 Mac - 19 April 2013
Saringan Literasi Menulis & Numerasi  Menulis    :  21 April – 30 April 2013
Pengisian Data dalam Portal NKRA                    :  06 Mei   - 17 Mei 2013

Thursday, 21 February 2013

Membina Ayat Mudah

Murid-murid Tahun 3 belajar membina ayat mudah menggunakan modul LINUS Tahun 3.

Saya membekalkan murid dengan kad perkataan yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini. Murid dikehendaki menyusun kad perkataan ini menjadi sebuah ayat mudah yang sempurna. Alhamdulillah, pada hari ini murid dapat membuat aktiviti ini dengan baik.

Aktiviti mengikat kad perkataan ini menggunakan tali tidak dapat dijalankan kerana saya terlupa membawa tali. Aktiviti tersebut digantikan dengan setiap murid memegang kad perkataan dan beratur bagi mendapatkan susunan ayat yang sempurna.

Data Murid Tidak Boleh Menguasai 3M di Tahap 2

Semalam saya berkesempatan menghadiri Taklimat Kutipan Data Murid Tidak Boleh Menguasai 3M Tahap 2 di SK Seksyen 7, Shah Alam.

Data ini diperolehi berdasarkan ujian IPP2M dan IKAM yang telah dijalankan sebelum ini.

Semasa taklimat ini, pegawai PPD menerangkan cara dan langkah mengisi data dengan betul. Kaedah pengisian data adalah secara dalam talian yang menggunakan Google Docs. Bagi saya kaedah ini adalah antara yang terbaik berbanding kaedah tradisional yang memerlukan guru-guru menghantar e-mel secara individu ke pihak PPD.

Saya turut mencadangkan agar pihak sekolah memanfaatkan kaedah dalam talian menggunakan Google Docs ini bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan kutipan data di dalam sekolah tersebut.

Sunday, 10 February 2013

Murid Tahap 2 Menjalani Saringan IPP2M dan IKAM

Saringan IPP2M dan IKAM untuk murid-murid Tahap 2. Murid-murid ini dicalonkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Soalan IPP2M dan IKAM ini dibekalkan oleh pihak PPD.

Saturday, 26 January 2013

Bengkel PdP Pemulihan Khas 2013

Pada 22 Januari 2013 (Selasa) yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Bengkel PdP Pemulihan Khas anjuran PPD Petaling Perdana di Dewan Sinar, SMK Seksyen 9, Shah Alam.

Di dalam bengkel ini, kami dibimbing dan ditunjuk ajar cara pengendalian kelas Pemulihan Khas dan juga beberapa perkara baharu dalam membina bahan bantu mengajar, antaranya adalah cara untuk membuat doh. Doh ini sesuai digunakan di dalam kelas untuk membentuk huruf dan nombor, di samping dapat membantu murid menggerakkan motor halus dengan cara menguli dan mengepal doh ini.

Pada akhir sesi, Encik Azhar bin Minai, daripada Sektor Pendidikan Khas dan Swasta, Jabatan Pelajaran Selangor menerangkan serba sedikit mengenai pelaksanaan kelas Pemulihan Khas berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan 2012 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM baru-baru ini.




Doh yang dihasilkan oleh guru-guru Pemulihan Khas. Kredit gambar kepada  Cikgu Fiza Mohd Azmi.


Wednesday, 23 January 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W.



Friday, 18 January 2013

Pengurusan Fail Lembaran Kerja Murid

Pada hari ini barulah saya berkesempatan untuk menyiap dan melengkapkan fail-fail lembaran kerja murid. Fail ini telah lama saya sediakan dengan membeli sendiri dan membalutnya dengan kertas pembalut hadiah. Namun isi failnya masih kosong sehinggalah pada hari ini telah saya sempurnakan.

Selepas ini, bolehlah saya menggunakan lembaran ini untuk aktiviti pengukuhan murid. Selama ini, saya agak sukar untuk memberikan murid latihan kerana kekurangan sumber dan juga kekangan masa untuk menyediakan lembaran kerja untuk mereka.

Lembaran kerja ini, bolehlah saya berkongsi dengan rakan-rakan guru di sekolah saya supaya dapat dimanfaatkan bersama.






Sunday, 13 January 2013

Membantu Guru JAIM membina jadual kelas.

Tujuan saya menerbitkan artikel ini sebagai tanda kenangan isteri saya yang tahun ini merupakan tahun pertama beliau menjadi guru agama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka).

Saya berkesempatan membantu beliau dan juga ibu saya yang juga merupakan guru JAIM untuk membina jadual ini.