Sunday, 16 December 2012
Konstruk LINUS
Carta Alir Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
Saya mereka semuala dalam bentuk poster dan ingin berkongsi dengan guru-guru yang lain. Untuk muat turun, silalah ke ruangan Muat Turun pada menu di atas.
Saturday, 15 December 2012
Siaran Akhbar: Program Khatan Perdana SK Seksyen 27(1)
Majlis ini telah berlangsung pada 10 November 2012 (Sabtu) dan dianjurkan oleh PIBG SK Seksyen 27(1). Seramai 49 orang peserta menyertai program yang buat julung-julung kali diadakan.
Peranan Guru Pemulihan / Pemulihan Khas
1. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan;
2. Memastikan murid tahap 1 dan tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT);
3. Menjalankan IPMBDP dan ISD kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciri-ciri bekeperluan khas;
4. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang perlu mengikuti Program Pemulihan Khas;
5. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid;
6. Bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah;
7. Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai Program Pemulihan Khas di peringkat sekolah; dan
8. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD.
Dapatkan poster bersaiz A4 mengenai Peranan Guru Pemulihan Khas untuk ditampal di papan kenyataan di dalam kelas anda. Klik di sini.
Wednesday, 12 December 2012
Penangan Guru
Apa yang menarik adalah carian terhangat melalui Google Malaysia adalah menunjukkan bahawa carian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS adalah merupakan carian terhangat di Malaysia iaitu menduduki tempat pertama. Manakala Sistem Pengurusan Latihan Guru atau lebih dikenali dengan SPLG menduduki tempat ke sembilan secara keseluruhan.
Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kuasa guru ini cukup kuat di dalam arena internet serta menunjukkan kesan penggunaan aplikasi online yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa tidaknya, mengikut statistik daripada laman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan jumlah guru di negara ini adalah seramai 412,720 orang. Jumlah guru seramai ini mungkin menjadi penyumbang kepada tingginya carian SAPS. Ia ditambah pula dengan jumlah ibu bapa yang turut mengakses portal SAPS ini.
Selain itu, apa yang saya perhatikan, semakin ramai guru yang mempunyai blog atau pun laman web sendiri. Ini merupakan suatu perkembangan yang cukup sihat, kerana setiap guru berlumba-lumba untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama guru seluruh negara.
Kesimpulannya, hebat juga penangan guru, jangan main-main dengan guru. :-)
Sumber data daripada Google Zeitgeist 2012
Monday, 10 December 2012
Petikan Akhbar: Kesulitan Sistem PBS Diatasi
Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.
Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.
"Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai November lalu bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai", kata kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada Ruangan SMS Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan 'Guru Kini' yang mendakwa PBS menambah bebanan guru kerana sukar memasuki laman web sistem tersebut walaupun pada waktu awal pagi.
Menurut kenyataan itu lagi, kementerian amat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang terpaksa dihadapi guru berhubung perlaksanaan sistem baharu itu namun yakin masalah yang timbul akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini.
Kira-kira 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah.
Melalui sistem baharu ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu.
Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang.
Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.
Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.
PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.
Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
Saturday, 1 December 2012
Garis Panduan Pemulihan Khas 2012
Apa yang diperhatikan di dalam garis panduan baharu ini, ia telah diselaraskan dengan pelaksanaan program LINUS dan juga PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), termasuklah dengan sistem pemfailannya.
Untuk muat turun, layari Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas KPM atau muat turun melalui Blog CikguFais dot my.
Wednesday, 28 November 2012
Monday, 26 November 2012
MAHA 2012
Banyak pameran berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan yang berkaitan ada di sini.
Bagi yang berminat dan ingin melihat dengan lebih dekat pameran ini segeralah hadir ke pameran ini sebelum ia tamat pada 2 Disember ini.
Saturday, 24 November 2012
Petikan Akhbar: LINUS 2.0 Bantu Murid Kuasai Bahasa Inggeris
Putrajaya: Program peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) membabitkan penguasaan menulis serta membaca dalam bahasa Melayu akan diperluaskan kepada bahasa Inggeris, yang dikenali sebagai LINUS 2.0.
Ini berikutan pencapaian memberangsangkan program LINUS sejak diperkenalkan pada 2010 dengan 99.84 peratus pelajar Tahun Tiga yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai literasi (menulis dan membaca) manakala 99.92 peratus pelajar berjaya menguasai asas numerasi (mengira).
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Shamsuri Sujak, berkata daripada jumlah itu hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi.
Mulai sesi 2013
Bagaimanapun, katanya, jumlah terbabit dalam pemulihan itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas merangkumi pelajar kurang upaya, menghadapi kecacatan fizikal, cacat penglihatan dan pendengaran.
“Berdasarkan kejayaan ini, program LINUS akan diteruskan dalam bahasa Inggeris bermula sesi persekolahan 2013 bagi memastikan penguasaan murid dalam literasi bahasa Inggeris.
“Melalui program ini, murid yang menghadapi masalah literasi bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan melalui LINUS 2.0 bagi membolehkan mereka setara dengan rakan lain dalam arus perdana,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.
Shamsuri menjelaskan, saringan asas akan dilaksana di kalangan pelajar Tahun Satu pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam bahasa Inggeris supaya murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti
Thursday, 22 November 2012
Promosi: Welcome Signage Kelas
Ia amat sesuai diletak di atas pintu kelas sebagai mengalu-alukan kehadiran murid dan pelawat.
Welcome Signage ini bersaiz 2 x 8 kaki, dengan harga RM50.00 sahaja. Kos pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia.
Maklumat lanjut dan tempahan, layari www.kedaicikgufais.com atau emel ke cikgufais@gmail.com
Promosi: Dam Ular Besar
Dam ini bersaiz 6 x 5 kaki dengan harga promosi RM90.00, manakala kos pos adalah percuma untuk Semenanjung Malaysia.
Dadu tidak disediakan.
Maklumat lanjut layari www.kedaicikgufais.com atau emel ke cikgufais@gmail.com
Wednesday, 21 November 2012
Buku Bijak Membaca: KVK
Saya ingin berkongsi bahan yang telah saya terbit dan gunakan untuk murid-murid Pemulihan Khas dan Linus di sekolah saya.
Buku ini digunakan untuk Program Bijak Membaca yang dijalankan pada setiap minggu dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan membantu murid-murid yang terlibat untuk membaca.
Berikut adalah capaian Buku Bijak Membaca: KVK.
Muat turun ia dengan percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain jika ia boleh dimanfaatkan.
Buku Bijak Membaca: KVKV
Buku ini digunakan untuk Program Bijak Membaca yang dijalankan pada setiap minggu dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan membantu murid-murid yang terlibat untuk membaca.
Berikut adalah capaian Buku Bijak Membaca: KVKV.
Muat turun ia dengan percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain jika ia boleh dimanfaatkan.
Monday, 19 November 2012
UPSR 2012: Tahniah!
Manakala, bagi mereka yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan, jadikanlah ia sebagai pemangkin semangat untuk meraih kejayaan lain sebagai penebus kepada kegagalan pada hari ini.
Gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Berjaya pula bukan bermakna boleh berbangga dan mendabik dada atas kejayaan tersebut, kerana banyak lagi liku yang perlu dilalui, banyak lembah yang perlu dituruni, banyak gunung untuk didaki, banyak mehnah yang perlu diatasi.
Friday, 16 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
Domain Baharu
Sehubungan dengan itu, para pengunjung bolehlah menggunakan alamat domain yang baharu ini.
Friday, 9 November 2012
Wednesday, 24 October 2012
Ujian Pelepasan Tahap 2 Menggunakan IKAM
Pada penghujung bulan Oktober ini, saya perlu menjalankan Instrumen Kemahiran Asas Matematik Sekolah Rendah (IKAM) seperti yang diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
Seramai 20 orang murid Tahap 2 sekolah ini telah dikenalpasti untuk menjalani saringan ini.
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
Pada hari ini, saya berkesempatan menguji murid LINUS Tegar menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan juga Instrumen Senarai Semak Disleksia bagi mengenal pasti ciri mereka.
Monday, 15 October 2012
Membina Bahan Bantu Belajar
Ini adalah merupakan 'acara tahunan' yang sering saya gunakan atas murid Tahun 6 yang baru selesai menghadapi UPSR.
Pada kali ini, saya arahkan mereka melukis gambar objek KV+KV dan perkataan KVK.
Semoga amal jariah mereka mendapat pahala berpanjangan.
Terima kasih juga diucapkan kepada cikgu Nur Azela binti Aminludin, Ketua Panitia Pendidikan Seni SKS271 kerana menyumbangkan kertas lukisan untuk aktiviti ini.
Saturday, 29 September 2012
Kursus VLE FROG
Pada hujung minggu ini, saya berkesempatan mengikuti kursus VLE FROG di Hotel Brisdale pada 28 hingga 29 September 2012.
Maklumat lanjut mengenai kursus ini akan saya kemaskini kemudian.
Friday, 21 September 2012
Pelaksanaan Saringan 3, 6 dan 9 LINUS 2012
Semoga pelaksanaan saringan ini berjalan dengan lancar.
Monday, 10 September 2012
Monday, 13 August 2012
Acara Kemuncak Ihya' Ramadhan 1433
Tarikh: 15 Ogos 2012
Hari: Rabu
Masa: 7.40 pagi
Cuti Berganti Sempena Hari Raya
Hari ganti akan dilaksanakan pada 8 dan 22 September 2012.
Selamat bercuti kepada semua. Berpada-padalah semasa menyambut hari raya.
Monday, 6 August 2012
Saturday, 21 July 2012
Thursday, 28 June 2012
Saringan Linus 2 dan 8 2012
Saringan Linus 2 dan 8 untuk murid Tahun 1 dan 3 akan diadakan seperti berikut:
Saringan Membaca: 17 Jun - 13 Julai 2012
Saringan Menulis: 15 Julai - 29 Julai 2012
Pengisian data: 23 Julai 3 Ogos 2012
Wednesday, 13 June 2012
Pelaksanaan Saringan 2 dan 8 Program LINUS bagi murid Tahun 1 dan 3 2012
Saringan Lisan : 17 Jun - 13 Julai 2012
Saringan Menulis : 15 - 20 Julai 2012
Pengisian Data : 23 Julai - 3 Ogos 2012
Saringan 5 untuk murid Tahun 2 tidak dijalankan memandangkan mereka baru selesai menjalani Saringan Khas. Murid-murid LINUS Tahun 2 hanya akan menjalani Saringan 6 nanti.
Tuesday, 5 June 2012
Watch "Maher Zain - So Soon | Official Music Video" on YouTube
Muzik video terbaharu daripada Maher Zain. Video yang sangat menarik dan menyentuh hati dan perasaan mengenai anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.
Friday, 25 May 2012
Selamat Bercuti

Tuesday, 22 May 2012
Program Bijak Membaca
Program ini melibatkan penyertaan murid Pemulihan Khas dan LINUS, dibimbing oleh Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. PRS akan membimbing murid tersebut membaca sehingga lancar. Setiap murid dibekalkan dengan modul bacaan bergred.
Program diadakan setiap hari Selasa hingga Khamis bermula jam 7.00 hingga 7.30 pagi di dewan sekolah. Murid-murid diminta hadir seawal jam 7.00 pagi supaya tidak ketinggalan mengikuti program ini.



Tuesday, 15 May 2012
Saringan Khas LINUS Tahun 2 di SK Seksyen 27(1)
[caption id="attachment_709" align="aligncenter" width="300" caption="Cikgu Zulkhairi sedang membuka kertas soalan di hadapan saksi"]

[caption id="attachment_710" align="aligncenter" width="300" caption="Murid semasa menjawab soalan"]


Friday, 11 May 2012
Pelaksanaan Saringan Khas Program LINUS Bagi Murid Tahun 2, 2012
Berdasarkan surat KPM KP.LP.007.03.6(57) bertarikh 24 April 2012, saringan ini akan dijalankan mulai 13 Mei sehingga 18 Mei 2012. Manakala proses kemasukan data ke Portal SAPS bermula 21 Mei sehingga 1 Jun 2012.
Semoga saringan ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Sunday, 18 March 2012
Mengisi masa cuti sekolah
[caption id="attachment_692" align="aligncenter" width="212" caption="Selamat Datang ke Kelas Permata Kasih"]

[caption id="attachment_693" align="aligncenter" width="213" caption="Guruku"]

[caption id="attachment_694" align="aligncenter" width="212" caption="Ahli Jawatankuasa Kelas Permata Kasih 2012"]

[caption id="attachment_695" align="aligncenter" width="212" caption="Senarai Nama Murid LINUS 2012"]

[caption id="attachment_696" align="aligncenter" width="212" caption="Misi Kelas Permata Kasih"]

[caption id="attachment_689" align="aligncenter" width="212" caption="Visi Kelas Permata Kasih"]

[caption id="attachment_697" align="aligncenter" width="212" caption="Moto Kelas Permata Kasih"]
