Guru Pemulihan Khas Kelompok 12 Negeri Melaka berkumpul di SK Chabau untuk belajar membina bahan bantu belajar Matematik.
Friday, 22 May 2015
Monday, 9 March 2015
Iklan: Carta Negara-Negara ASEAN
Untuk menempah dan mendapatkan Set Carta Negara-Negara ASEAN seperti ini, sila layari www.cikgumurni.com. Satu set mengandungi 10 carta yang mewakili 10 buah negara ASEAN. Hanya berharga RM150.00 bagi satu set.
Iklan: Jadual Waktu dan Jadual Bertugas
Untuk menempah dan mendapatkan Jadual Waktu dan Bertugas seperti ini, layari www.cikgumurni.com. Setiap satu berharga RM15.00 sahaja.
Tuesday, 10 February 2015
Modul Baharu LINUS 2.0
Pada awal tahun 2015, saya telah dibekalkan modul LINUS 2.0 oleh Penyelaras LINUS sekolah saya, yang telah beliau perolehi daripada pihak PPD Jasin.
Berdasarkan pemerhatian saya, susun atur layout modul semakin menarik dengan warna-warninya serta telah digabungkan antara Jilid 1 dengan Jilid 2.
Bagi saya ia merupakan langkah terbaik menggabungkan Jilid 1 dengan Jilid 2 bagi memudahkan guru untuk menguruskan modul ini.
Monday, 2 February 2015
Saturday, 27 September 2014
RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
SK Felda Bukit Senggeh menjadi tuan rumah Program RIMUP bagi kumpulan JSR6, Daerah Jasin.
Selain daripada SK Felda Bukit Senggeh, program ini turut disertai oleh murid dari SK Nyalas, SK Masjid Baru dan SJK(C) Kemendor.
Program dijalankan bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan diikuti pula dengan acara Ice Breaking.
Setelah itu, semua murid terus ke padang sekolah untuk acara menanam anak-anak pokok di tepi kawasan padang sekolah.
Kemudian, murid mengikuti pelbagai lagi acara seperti Kitar Semula, melukis, kitar semula, nyanyian lagu patriotik, colum dan pelbagai acara lain yang mana murid melaksanakan acara-acara tersebut secara bergilir mengikut kumpulan masing-masing.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Kadir bin Osman, Penolong Pegawai PPD Jasin.
Sunday, 27 July 2014
Friday, 18 July 2014
Nahas MH17
Tragedi ini adalah tragedi yang kedua bagi pihak Malaysia Airline System (MAS) selang tempoh 4 bulan daripada tragedi kehilangan pesawat MH370.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa yang terlibat. Semoga diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.